Pages

Home

Selangkah Ke Alam Pencoretan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai pembuka kata, terima kasih kepada anda kerana sudi singgah sebentar di blog ini. Mungkin secara sengaja atau tidak tetapi, harapnya ia adalah permulaan bagi anda untuk terus singgah di blog ini pada masa akan datang.

Blog ini dibina atas minat saya yang mendalam dalam bidang penulisan terutamanya penulisan secara bebas. Ia tidak tertumpu pada satu topik dan kebiasaannya tema-tema yang diketengahkan adalah melibatkan pelbagai ragam kehidupan masyarakat di sekeliling yang saya perhatikan. Serba sedikit, pengalaman kehidupan saya sudah pasti akan dikongsikan bersama. Ini semua saya akan kompilasikan dalam sebuah bentuk cerita. Maka, terciptalah tajuk blog ini iaitu CERITERA INDIE yang bermaksud PENCERITAAN SECARA BEBAS.

Jadi, nantikan hasil penulisan pertama saya tidak lama lagi. Diharap ia akan mendapat tindak balas yang positif daripada para pembaca sekalian dan dalam masa yang sama dapat memberi manfaat yang sepatutnya kepada anda semua.

Akhir kalam, selamat membaca dan beramal! =.)

Followers